Sunday, August 2, 2009

Catatan 15

Hampir 2 minggu lebih saya tidak membuat posting kerana sibuk dengan persiapan majlis perkahwinan adik lelaki saya. Selama 2 minggu itu jugalah masalah pernafasan kembali mengganggu saya. Seperti biasa saya mengamalkan bacaan ayat-ayat Ruqyah termasuk ayat Bismillah 5. Saya juga mengamalkan pengambilan madu di waktu pagi dan doa-doa dan zikir seperti yang diajarkan oleh perawat-perawat yang berkunjung ke blog ini. Terima kasih Ya Allah atas bantuan ini. Alhamdullilah..Alhamdullilah..Alhamdullilah

Bukannya sesuatu yang mudah untuk saja menjalani semua ini bersendirian, ditambah lagi dengan masalah peribadi yang membelenggu diri. Alhamdullilah sekali lagi, semakin lama saya cuba mendekatkan diri pada Allah semakin saya sedar bahawa ianya bukan sekadar untuk mendapat kesembuhan semata-mata tapi ikhlas kerana Allah jua. Allah telah memberikan saya ketenangan yang tidak bisa saya gambarkan dengan kata-kata...


Saya sangat suka dengan apa yang pernah dikatakan oleh seorang ulama yang terkenal dari seberang...anggaplah setiap sholatmu itu sholat yang terakhir, pasti kamu akan berusaha memberikan persembahan yang terbaik buat Penciptamu...Mudah-mudahan..Insya'Allah.

No comments: