Friday, June 19, 2009

Catatan-3

Kelmarin saya telah menyediakan bahan-bahan yang diminta oleh ustaz Rozan untuk dicampur dalam air minuman. Semuanya ada 3 jenis air. Air limau kapas, Air lada hitam dan air garam. Ada 3 biji limau digunakan untuk saya perahkan jusnya masuk ke dalam botol yang dikhaskan untuk Air limau tersebut. Kata ustaz Rozan Air garam tujuannya untuk memperbaiki sel dalam badan yg telah rosak disebabkan sakit yg saya alami, Air lada hitam pula tujuannya untuk melemahkan jin manakala Air limau kapas pula tujuannya untuk mengeluarkan jin yang berada dalam tubuh badan saya. Saya juga menyediakan serbuk kapur dan juga 21 biji limau kapas untuk mandi.kata ustaz jin tidak suka dengan bau limau. Ustaz turut mencadangkan saya mengamalkan minum air kelapa muda selama 7 hari untuk mencuci saluran pencernaan. Semalam saya telah pun membeli 7 biji buah kelapa untuk diminum setiap pagi sebelum sarapan. Air kelapa tersebut hendaklah diminum terus dari buahnya.

Berbalik kepada 3 jenis air tadi, saya dengan tidak sengaja telah memasukkan air limau yg telah diperah ke dalam air lada hitam. Entah kenapa saya pun tidak pasti bagaimana saya boleh tersilap memasukkan air tersebut. Dengan segera saya pun menghubungi ustaz Rozan, saya merasa sangat bersalah. Alhamdullilah ustaz Rozan mengatakan tidak jadi masalah untuk saya meminum air campuran limau dan lada hitam tersebut. Syukurlah kerana saya masih boleh minum air tu. Rasa bersalah pula dengan ustaz jika terpaksa curi waktu mengajarnya semata-mata untuk meminta beliau meruqyah berbotol-botol air..hanya disebabkan kecuaian saya.

Hari ini sewaktu berada di pejabat sakit kepala dan pening datang lagi..namun saya kuatkan semangat dan meneruskan zikir yang telah diajar oleh ustaz Rozan. Walaupun rasa seram dengan bunyi yang tiba-tiba datang dari meja di depan saya, saya cuba kuat kan semangat dan terus berzikir di dalam hati..Tiada daya dan tiada upaya melainkan dengan izin Allah..

1 comment:

A Straight Way to Jannah said...

Siapakah Usta Rozan? Terima kasih.