Sunday, June 21, 2009

Catatan-6

Sebelum memulakan catatan, saya sempat menukar setting Jam di blog ini, saya dah lupa untuk adjust setting masa di blog ini, maklumlah sudah lama sekali saya tak menulis blog. Blog yang lain saya biarkan hiatus dahulu, sementara ini saya nak tumpukan penulisan saya pada blog ini sahaja.

Kesukaran tidur semalam membuatkan saya menjadi sangat tidak bermaya hari ini. Saya terlelap sekitar pukul 3 pagi...selain rasa berdebar yang semakin kerap daya ingatan saya juga semakin terjejas...doa-doa yang saya amalkan hanya beberapa kerat sahaja yang dapat dibaca..Mudahan-mudahan saya akan lebih sabar dengan ujian ini..

No comments: