Friday, June 19, 2009

Catatan-1

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh,
Dengan izin Allah saya telah mendapat ilham untuk menulis pengalaman saya sebagai pesakit di blog ini. Ingin saya maklumkan bahawa saya merujuk diri saya sebagai pesakit untuk penyakit yang tidak ada istilah dalam dunia perubatan moden kini. Saya akan jelaskan dengan terperinci dan panjang lebar tentang sakit yang saya alami ini, mudah-mudahan dapat memberi maklumat sedikit sebanyak kepada mana-mana pembaca yang mungkin mengalami sakit yang sama dengan saya.

Blog ini saya khususkan untuk catatan saya berkisar tentang penyakit saya, rawatan & pengalaman semasa menerima rawatan. Saya telah membaca banyak blog perawat dengan catatan mereka tersendiri. Ada diantara pengalaman yang diceritakan mempunyai banyak persamaan dengan apa yang pernah saya lalui dan masih terus saya lalui. Saya alu-alukan sebarang pendapat atau pertanyaan. Dengan ini..bermulalah catatan saya sebagai seorang pesakit...

No comments: