Tuesday, June 23, 2009

Catatan-7

Hari ini saya berjumpa dengan Ustaz Rozan sekali lagi semasa lunch hour Dengan badan yang masih terasa lemah, saya teruskan juga niat untuk berjumpa beliau yang ketika itu masih berada di Masjid Negeri. Untuk pengetahuan sekolah agama tempat Ustaz Rozan mengajar berdekatan dengan Masjid Negeri. Sekembalinya beliau dari masjid saya pun menerangkan dengan panjang lebar tetang tindak balas hasil rawatan beliau dengan 3 jenis air yang beliau sediakan. Beliau membuat kesimpulan bahawa tindak balas tersebut adalah disebabkan jin yang berada dalam tubuh saya marah dan tersiksa dengan rawatan yang diberikan. Kali ini ustaz meruqyah 3 botol air yang saya sediakan, 2 botol dicampur dengan air limau kapas. Ustaz Rozan turut mencadangkan saya mencari daun bidara untuk digunakan sebagai air mandian. Mudah-mudahan saya dapat mencarinya kerana saya tahu daun tersebut digunakan ketika jenazah dimandikan. Daun itulah yang pernah dicari oleh suami saya ketika ayah mertua saya meninggal dunia bulan disember tahun lalu.

Mudah-mudahan saya dapat mencari daun tersebut..

No comments: